Thursday 20 November 2014


MIC president Datuk Seri G. Palanivel is facing growing calls for his resignation, this time from the party's strategic director, Datuk Seri S. Vell Paari.

Vell Paari made the call after the Sultan of Pahang, Sultan Ahmad Shah, lashed out at Palanivel, who is the Cameron Highlands MP, for not addressing the problems plaguing the tourist spot.

The ruler also accused Palanivel, who is also the natural resources and environment minister, of not taking any action to solve the problem of mudslides in the Bertam Valley following a similar incident last year in which four people died.

Vell Paari said it was disheartening to read in today's newspapers about the sultan admonishing the MIC president.

"Perhaps the time has come for the MIC president to retire from politics," he said in a statement today.

Known for his outspokenness against his party leadership, Vell Paari insisted that his remark was not a plot to oust the MIC president.

"It is a case of simply stating the facts. And I am certain that my view is shared by many in the party.”

Early this month, an MIC central working committee member Datuk Henry Benedict Asirvatham also criticised Palanivel for his choice of candidates in the last general election for Penang.

Saying that MIC, a party with a rich and long history of representing the Indian community, had lost support and standing, he said the party needed a new president.

Meanwhile, Vell Paari said today, at this stage, MIC was in dire need of rejuvenation and a dynamic leadership in order to keep the party relevant in a rapidly changing Malaysian political landscape.

"We need a leader who can rise up to the challenges ahead of us," he said.

He added that many in MIC suspected that Palanivel, was unwell thus making him difficult to discharge his duties effectively.

This, he said was evident during the Sultan of Pahang's visit to Cameron Highlands yesterday when the MP was not present.

"It is common knowledge that the MIC president is absent-minded and experiences bouts of severe fatigue.

"His condition has given room to some people to influence as well as exploit him and dictate the direction of the party.

"This must end. The writing is on the wall."

He added that during the last party elections, for the same reason, many party members had wanted a showdown in the president's election but Prime Minister Datuk Seri Najib Razak overruled them.

"The PM's intention of preserving stability in the party was noble but it has now become a problem. "Some people are claiming that (there will be) another major swing in Indian votes towards the opposition, including disgruntled MIC members."

TMI

Sunday 9 November 2014

Penerokaan haram dan pencerobohan tanah di Cameron Highland telah diperkatakan, didedahkan dan diviralkan semenjak sekian lama. Tidak kira menerusi media alternatif mahupun media massa, hampir kesemua memperkatakan kemungkinan malapetaka yang akan menimpa Cameron Highland sekiranya penerokaan dan pencerobohan tanah diatasi dengan sebaik-baiknya.

Sememangnya penguatkuasaan undang-undang di Cameron Highland membabitkan isu tanah, tidak pernah dilakukan. Kalau ada pun, sekadar melepaskan batok di tangga. Malah, lebih tepat lagi, hanya sebagai satu lakonan semata-mata. Dari ADUN, Ahli Parlimen sehinggalah ke PBT, hampir kesemuanya bermasalah untuk mencungkil masalah sebenar di Cameron Highland yang merupakan pusat pengeluaran sayur-sayuran serta flora negara.

Tamak haloba selain rasuah yang melanda, telah menyebabkan masalah di Cameron Highland seperti tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila. Anehnya, sekarang ini Jabatan Imigresen pula 'masuk campur' dengan memburu PATI secara besar-besaran di pekan-pekan seluruh Cameron Highland. Secara tidak langsung, PATI dipersalahkan kerana berlakunya banjir lumpur sedangkan masalah sebenar adalah tamak haloba dan rasuah.

G.Palanivel yang berkeyakinan akan menang selesa di Cameron Highland nampaknya tidak tahu apa-apa. Presiden MIC yang gagal membawa MIC sebagai sebuah parti politik yang berjaya mewakili kepentingan masyarakat India, dilihat sekadar menjadi kura-kura. Tiada sebarang penjagaan yang dilakukan, sebaliknya sekadar melawat kuil dan masyarakat pengundinya semata-mata. Kepentingan alam sekitar yang akan menjamin penduduk di kawasan tanah tinggi itu, tidak pernah difikirkan.

Kini, terdedah lagi komplot dan skandal penjualan tanah-tanah kerajaan kepada golongan peneroka, sama ada penduduk tempatan, rakyat tempatan mahupun kepada pendatang asing. Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan arahan agar menghentikan dan menutup semua kawasan pencerobohan yang baru dibuka mahupun yang telah diusahakan. Namun berdasarkan kepada rekod semasa, arahan tersebut sekadar bermusim. Samalah seperti penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen sekarang. Ia tidak akan berpanjangan dan akan berakhir sebaik-baik sahaja isu banjir lumpur tidak lagi diperkatakan oleh media.

Apa guna G.Palanivel di Cameron Highland? Adakah dia sekadar menjadi alat untuk melindungi perbuatan meneroka dan merompak tanah kerajaan dengan alasan kepentingan masyarakatnya?

Dan bagaimana pua dengan PATI di Cameron Highland yang cukup ramai?

Friday 7 November 2014

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.

Wednesday 5 November 2014


Ekoran pendedahan dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), syarikat pengeluar air mineral, Spritzer Berhad menarik semula penjualan minuman mereka yang mempunyai gambar patung dewa Hindu Batu Caves dari pasaran.

Memetik laporan The Rakyat Post, Pengurus Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata, semua wakil jualan syarikatnya telah diarahkan menarik kembali produk tersebut di rak-rak jualan setiap premis seluruh negara.

Selain itu, Spritzer menghentikan proses cetakan gambar tersebut di kilang dan memastikan produk yang sedia untuk dipasarkan tidak dikeluarkan dari gudang.

“Syarikat kami bukan tidak sensitif terhadap isu ini tetapi tidak menyangka tempat tumpuan pelancongan akan dikaitkan dengan isu keagamaan. Kami juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut belum memutuskan untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka buat masa ini.

Chin menerangkan, Spritzer melakukan kolaborasi dengan Lembaga Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan kawasan pelancongan di negara ini dan gambar kuil Hindu Batu Caves merupakan salah satu yang dicetak pada minuman keluaran syarikat tersebut.

“Kami memohon permit dari Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan mendapat kebenaran untuk mencetak imej tempat-tempat tumpuan pelancong pada botol minuman seperti Persiaran Gurney, Dataran Lang, Zoo Taiping, Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya.”

Pendedahan isu gambar kuil Hindu pada botol minuman Spritzer dibuat oleh Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media, semalam.

Beliau mempertikaikan produk tersebut kerana ia menimbulkan keraguan dan ketidakselesaan pengguna Islam.

Selain itu, Nadzim mempersoalkan logo halal yang digunakan bersama cetakan gambar tersebut.

Sumber mynewshub.cc

Tuesday 4 November 2014


PETALING JAYA, 4 Nov - Intipan selama sebulan Polis Selangor berjaya membuahkan hasil apabila merampas 5,000 mesin judi komputer bernilai RM10 juta dalam serbuan di sebuah gudang menyimpan barang di Jalan PJU 1A/14 Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara dekat sini, hari ini.

Enam lelaki, termasuk penjaga premis, berusia lingkungan 40 dan 60 tahun
terdiri daripada dua rakyat tempatan dan empat warga India turut ditahan dalam
serbuan pada kira-kira 2 petang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata ia merupakan serbuan terbesar sepanjang tahun dengan nilai rampasan yang banyak.


"Ketika serbuan dilakukan, dua lelaki sedang memunggah komputer
dipercayai mesin judi dan mereka kelihatan keluar masuk premis. Hasil serbuan,
mesin judi berkomputer termasuk CPU ditemui di dalam gudang berkenaan.

"Seorang daripada lelaki tempatan itu yang ditahan adalah penjaga premis
manakala yang lain merupakan pekerja," katanya kepada pemberita selepas
melakukan serbuan berkenaan.

Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti status
premis berkenaan sama ada ia digunakan untuk memasang perisian judi sebelum
dihantar ke premis judi di sekitar Lembah Klang atau sebagai stor simpanan.


"Kita akan jalankan siasatan terperinci... siasatan awal mendapati setiap
mesin berkenaan bernilai sekurang-kurangnya RM2,000," katanya.

Beliau berkata operasi seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan
objektif 'sifar premis perjudian' dapat dicapai di Selangor. - BERNAMA

The Malay- and Iban-language Bibles seized by the state religious authority in January do not belong to the Muslims and must be returned to the Christians, Selangor Menteri Besar Mohamed Azmin Ali said yesterday.

Azmin told some 1,000 DAP supporters at the party’s fund-raising dinner that he informed the Selangor palace of this, with the hope that the prolonged issue will finally be resolved.

“I have brought this matter to the Sultan... how the Alkitab does not belong to the Muslims. They belong to the Christians, whom we must respect,” Azmin said in his speech at the MBPJ Civic Hall.

“Islam has never asked its followers to disrupt the harmony of other faiths. It is our duty to respect the practise of the other religions in the country. This is a multi-religious society. This is not Saudi Arabia or Sudan. This is Malaysia. This is Selangor.

“This is why we are working on a formula, and I am confident that if they understand the true Islam, then the Bibles must be returned to the Christians.”

The Selangor Islamic Affairs Department seized 321 Bibles during a raid at The Bible Society of Malaysia’s (BSM) office in Damansara Kim on January 2, 2014. The raid pushed BSM to shift its operations to Kuala Lumpur.

Azmin’s predecessor, Khalid Ibrahim, was widely panned by DAP and even his own party, PKR, for not being able to resolve the Bible issue, which had dragged on for months with no resolution in sight.

But, Azmin, who was sworn in as the 15th menteri besar on September 23, told reporters yesterday he had met with the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) and the Selangor Islamic Affaris Council (Mais) and that the outcome would be made known soon.

When he was sworn in more than a month ago, Azmin had promised to resolve the bibles issue immediately.

VS



Monday 3 November 2014



Paling tak sedap didengar, ada pula yang memuatkan dalam media sosial turut menghentam isteri Saiful yang kononnya tak patut berkahwin dengan lelaki yang telah diliwat."Kalau dia bohong, dialah tanggung dosa. Betul atau tidak, apa yang dia buat adalah untuk mempertahankan maruah dia.


"Lebih teruk lagi, apa kaitan kes ini dengan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman,?"

Tidak juga menyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Shamsiah Harun, orang ramai sepatutnya lebih berfikiran terbuka daripada terus menjatuhkan hukuman kononnya Saiful memfitnah.

"Bagi saya, cukup-cukuplah menghentam Saiful. Memang berat tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar tetapi pada masa sama, Saiful dan isterinya juga terpaksa menanggung malu dan cemuhan masyarakat sekeliling hampir setiap hari.


"Banyaklah perkara-perkara yang tersebar untuk bacaan umum yang saya lihat hanya akan mengaibkan isteri dan keluarga mentuanya padahal mereka tidak ada kaitan dengan kes liwat tersebut,” katanya ketika ditemubual

Jelasnya, adalah tidak adil jika orang lain seperti isteri Saiful dikutuk sesuka hati sepanjang kes itu berjalan.

"Kita tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah dan keputusan hanya akan diketahui setelah Mahkamah Persekutuan memberi kata putus.

"Ramai yang membuat andaian berdasarkan hukum logik akal. Kononnya tak masuk akal Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat dan tak munasabah Saiful tak melawan ketika diliwat serta banyak lagi andaian lain.

"Logik atau tidak, semuanya keluar dari mulut Saiful dan siapalah kita yang hendak menolak kata-katanya itu," ujarnya.

Tambahnya, kehadiran orang ramai yang menyokong Saiful membuktikan masih ada yang yakin apa yang dilalui itu adalah benar.

"Apa yang penting, kalau tidak yakin dengan kata-kata Saiful, tak perlulah membabitkan isterinya yang kini telah pun menjadi ibu hasil perkahwinannya denga Saiful setahun lalu," katanya.


Sumber: beritadalamdanluar

Sunday 2 November 2014

Dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan agar Perlembagaan UMNO Fasal 3 dipinda bagi menjadikan perjuangan UMNO mengikut Al Quran dan Sunnah untuk memastikan setiap fahaman songsang serta perselisihan mazhab dan dakyah pembangkang tentang dasar Islam UMNO semenjak merdeka, ditangkis.

Kata Tengku Adnan, "UMNO adalah parti Islam terbesar dalam negara ini dan pinda perlembagaan UMNO dengan kemas dengan cara meletakkan al Quran dan sunnah sebagai dasar perjuangan UMNO."

"Memastikan Islam tertegak dalam UMNO dan mengimarahkan masjid serta surau. Memikirkan kehidupan kita di akhirat kelak."

Tengku Adnan juga menyatakan, "Kita lupa pengajian Sifat 20... kita lupa tentang dasar syariat Islam... dalam segi makanan halal... ibadat kita. PM mahu lakukan perubahan kepada kefahaman rakyat."

Mudah sangat untuk difahami bahawa Setiausaha Agung UMNO itu mahu menciplak Perlembagaan PAS yang meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar utama parti. Kononnya dengan cara itu, UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti Islam tulen di negara ini.

Malangnya, persepsi masyarakat terhadap sesebuah parti bukanlah berdasarkan kepada Perlembagaan. Malah, ramai orang PAS sendiri pun tidak pernah tahu bila perubahan 'al Quran dan as-Sunnah' berlaku dalam Perlembagaan parti mereka dan bila masanya perkataan 'Kebangsaan' ditiadakan.

Masyarakat melihat dan membuat persepsi berdasarkan pengamatan mereka sekalipun pengamatan mereka telah menipu. Setiausaha Agung UMNO itu seharusnya lebih sedar, apa pandangan masyarakat terhadap para pemimpin UMNO itu sendiri.

Kebanyakan pemimpin UMNO langsung tidak mengikut al Quran dan sunnah. Cakap-cakap mereka mungkin kedengaran seperti orang Islam tetapi amalan mereka jauh tersasar daripada ajaran Islam. Dengan kekayaan melampau dan secara tiba-tiba, persepsi masyarakat ialah, pemimpin-pemimpin UMNO adalah pengamal rasuah tegar.

Apatah lagi, UMNO sendiri cukup takut untuk berbahas tentang ilmu syariah sebaliknya sekadar membuat pelbagai alasan menerusi siaran media. Sedangkan masyarakat Islam pula mahu melihat ada pemimpin UMNO yang berani berdebat secara terbuka tentang masalah-masalah agama terutama sekali yang membabitkan hukum-hukum hudud, qisas dan takzir.

Sekadar menukar atau meminda Perlembagaan, tidak cukup untuk UMNO kelihatan sebagai sebuah parti Islam tulen. Sebaliknya UMNO perlu bekerja lebih keras, membersihkan parti itu daripada pemimpin-pemimpin yang diketahui terlibat dalam pelbagai kesalahan syarak dan melanggar undang-undang negara.

Jangan jadikan al Quran dan sunnah sebagai simbol semata-mata kerana kedua-duanya bukanlah barangan dagangan untuk kebebasan politik.

Saturday 1 November 2014

Ramai yang tidak tahu mengapa DAP dan PKR bersungguh-sungguh membela 'kebajikan' babi dan penternak-penternaknya. Walaupun ada juga terdengar khabar-khabar angin tentang pembabitan Noh Omar dan beberapa orang pemimpin UMNO dalam penternakan babi yang diimport dari China, khabar-khabar angin tersebut berjaya dilenyapkan dengan persepsi orang Islam tidak boleh dan tidak akan membela selain tidak berurusan dengan babi.

Ketika isu babi tercetus hebat di Selangor pada tahun 2008 dahulu, Noh Omar dan kroninya yang terbabit secara langsung dalam penternakan babi, langsung tidak memberikan sebarang komen. Sebaliknya pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang lain, termasuklah daripada bekas Menteri Besar Selangor, yang juga merupakan musuh utama Noh Omar, Khir Toyo yang banyak membuat pendedahan tentang isu berkenaan.

Tidak menghairankan mengapa Noh Omar dan kroni-kroninya begitu membenci Khir Toyo apabila bekas Menteri Besar Selangor yang pada waktu itu merupakan ADUN Sungai Panjang, begitu lantang menentang hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk membesarkan saiz ladang penternakan babi di negeri itu.

Noh Omar telah mengusahakan pelbagai cara untuk menjatuhkan dan membungkamkan mulut Khir Toyo. Ramai yang melihat isu rumah besar yang dibeli oleh Khir Toyo ketika dia masih menjadi Menteri Besar Selangor, turut membabitkan campurtangan Noh Omar. Dan apabila pertandingan atau pemilihan Bahagian Sungai Besar, Noh Omar yang meletakkan dan memastikan kemenangan Jamal Mohd Yunos, seorang proksi Noh Omar dalam banyak kerja-kerja kotor di Selangor.

Penglibatan beberapa orang pemimpin UMNO Selangor turut didedahkan oleh sebuah blog yang tidak lagi aktif DI SINI.

Seorang kroni tegar Noh Omar terlepas cakap yang Noh Omar sedang memelihara seorang taukeh berbangsa Cina menternak dan mengimport daging babi dari China. Tindakan Noh Omar itu telah menimbulkan kemarahan Persatuan Penternak-Penternak Babi Malaysia. Apabila seorang ahli Jawatankuasa Persatuan berkenaan mengadu yang pengimportan tersebut menjejaskan pendapatan puluhan ribu keluarga penternak babi lain di seluruh Malaysia, perkara berkenaan telah diberitahu kepada Noh Omar.

Ketika diberitahu, Noh Omar berada di satu meja dengan kroni tegarnya itu dalam majlis perkahwinan anak Shabery Chik tidak lama sebelum PRU yang lalu. Noh kemudiannya mengarahkan agar perkara itu diserahkan kepada anak Chua Soi Lek yang merupakan Timbalannya.

Perkara berkenaan tidak dapat diselesaikan. Ahli-ahli persatuan penternak babi kemudiannya mula beralih kepada DAP dan mereka memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada DAP dalam banyak isu yang kemudian diterjemahkan menerusi kehilangan banyak kerusi yang dimiliki oleh UMNO sebelum itu.

Itu hanya contoh kecil apa yang sedang berlaku di Selangor. Sebenarnya terdapat banyak isu lain yang jauh lebih besar, yang membabitkan kepimpinan UMNO Selangor sekarang yang mempunyai terlalu banyak masalah sekaligus menjadikan kata-kata keras Najib yang disampaikan kepada UMNO Selangor, sekadar satu bahan jenaka sahaja.

Selagi kepimpinan UMNO Selangor sedia ada dikekalkan, buatlah apa pun, UMNO tidak akan berjaya dan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!