Sunday 2 November 2014

Dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan agar Perlembagaan UMNO Fasal 3 dipinda bagi menjadikan perjuangan UMNO mengikut Al Quran dan Sunnah untuk memastikan setiap fahaman songsang serta perselisihan mazhab dan dakyah pembangkang tentang dasar Islam UMNO semenjak merdeka, ditangkis.

Kata Tengku Adnan, "UMNO adalah parti Islam terbesar dalam negara ini dan pinda perlembagaan UMNO dengan kemas dengan cara meletakkan al Quran dan sunnah sebagai dasar perjuangan UMNO."

"Memastikan Islam tertegak dalam UMNO dan mengimarahkan masjid serta surau. Memikirkan kehidupan kita di akhirat kelak."

Tengku Adnan juga menyatakan, "Kita lupa pengajian Sifat 20... kita lupa tentang dasar syariat Islam... dalam segi makanan halal... ibadat kita. PM mahu lakukan perubahan kepada kefahaman rakyat."

Mudah sangat untuk difahami bahawa Setiausaha Agung UMNO itu mahu menciplak Perlembagaan PAS yang meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar utama parti. Kononnya dengan cara itu, UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti Islam tulen di negara ini.

Malangnya, persepsi masyarakat terhadap sesebuah parti bukanlah berdasarkan kepada Perlembagaan. Malah, ramai orang PAS sendiri pun tidak pernah tahu bila perubahan 'al Quran dan as-Sunnah' berlaku dalam Perlembagaan parti mereka dan bila masanya perkataan 'Kebangsaan' ditiadakan.

Masyarakat melihat dan membuat persepsi berdasarkan pengamatan mereka sekalipun pengamatan mereka telah menipu. Setiausaha Agung UMNO itu seharusnya lebih sedar, apa pandangan masyarakat terhadap para pemimpin UMNO itu sendiri.

Kebanyakan pemimpin UMNO langsung tidak mengikut al Quran dan sunnah. Cakap-cakap mereka mungkin kedengaran seperti orang Islam tetapi amalan mereka jauh tersasar daripada ajaran Islam. Dengan kekayaan melampau dan secara tiba-tiba, persepsi masyarakat ialah, pemimpin-pemimpin UMNO adalah pengamal rasuah tegar.

Apatah lagi, UMNO sendiri cukup takut untuk berbahas tentang ilmu syariah sebaliknya sekadar membuat pelbagai alasan menerusi siaran media. Sedangkan masyarakat Islam pula mahu melihat ada pemimpin UMNO yang berani berdebat secara terbuka tentang masalah-masalah agama terutama sekali yang membabitkan hukum-hukum hudud, qisas dan takzir.

Sekadar menukar atau meminda Perlembagaan, tidak cukup untuk UMNO kelihatan sebagai sebuah parti Islam tulen. Sebaliknya UMNO perlu bekerja lebih keras, membersihkan parti itu daripada pemimpin-pemimpin yang diketahui terlibat dalam pelbagai kesalahan syarak dan melanggar undang-undang negara.

Jangan jadikan al Quran dan sunnah sebagai simbol semata-mata kerana kedua-duanya bukanlah barangan dagangan untuk kebebasan politik.
Categories:

1 comment:

  1. Bodoh sungguh artikel tuan blog ini dan menampakkan sifat anti Islam. Usaha UMNO meminda perlembagaan kepada pengkhususan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras Islam suatu yg wajib disokong.
    Inilah usaha mulia dan lagi baik untuk mempertingkatkan maruah parti Melayu. Bila Perlembagaan di ubah perlaksanaan akan berpandukan perlembagaan. Memperbetulkan ahli2 dan pemimpin UMNO untuk mempertingkatkan kefahaman Islam seterusnya akan diserap kepada pelaksanaan dasar2 pentadbiran.

    Org PAS munafik buat lah perlembagaan apa pun even ramai yg belajar Syariay join PAS.. tp PAS jadi kufur..sbb PAS matlamatnya bukan Islam sebaliknya ialah Putrajaya.

    PAS pula tidak faham Islam.. PAS hanya tahu berperang dan bergaduh dengan org Islam lain seperti UMNO. Mereka tidak peduli pun soal Al-Quran dan Sunnah.

    Tuan blog, kalau kau munafik mcm org PAS lantak kau lah. Org2 yg berkawan dgn syiatan memang akan takut dengan perkembangan ini. Syabas buat UMNO. Semoga diberkati dan mana yg kurang semoga Tuhan berikan bantuan untuk sempurnakan.

    Agama ini milik Allah SWT utk hamba-NYA yg mahu berubah. Puak2 munafik lgi kufur mcm PR tu lantaklah.. Tuhan pun nak jual.. pegang Al-Quran setahun sekali pun susah tiba2 terhegeh2 mahu ajak org pegang anjing? sesat dan rosak puak2 ini

    Syabas UMNO., Teruskan dan jgn gentar dgn manusia2 bertopeng syaitan

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!