Penerokaan haram dan pencerobohan tanah di Cameron Highland telah diperkatakan, didedahkan dan diviralkan semenjak sekian lama. Tidak kira menerusi media alternatif mahupun media massa, hampir kesemua memperkatakan kemungkinan malapetaka yang akan menimpa Cameron Highland sekiranya penerokaan dan pencerobohan tanah diatasi dengan sebaik-baiknya.
Sememangnya penguatkuasaan undang-undang di Cameron Highland membabitkan isu tanah, tidak pernah dilakukan. Kalau ada pun, sekadar melepaskan batok di tangga. Malah, lebih tepat lagi, hanya sebagai satu lakonan semata-mata. Dari ADUN, Ahli Parlimen sehinggalah ke PBT, hampir kesemuanya bermasalah untuk mencungkil masalah sebenar di Cameron Highland yang merupakan pusat pengeluaran sayur-sayuran serta flora negara.
Tamak haloba selain rasuah yang melanda, telah menyebabkan masalah di Cameron Highland seperti tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila. Anehnya, sekarang ini Jabatan Imigresen pula 'masuk campur' dengan memburu PATI secara besar-besaran di pekan-pekan seluruh Cameron Highland. Secara tidak langsung, PATI dipersalahkan kerana berlakunya banjir lumpur sedangkan masalah sebenar adalah tamak haloba dan rasuah.
G.Palanivel yang berkeyakinan akan menang selesa di Cameron Highland nampaknya tidak tahu apa-apa. Presiden MIC yang gagal membawa MIC sebagai sebuah parti politik yang berjaya mewakili kepentingan masyarakat India, dilihat sekadar menjadi kura-kura. Tiada sebarang penjagaan yang dilakukan, sebaliknya sekadar melawat kuil dan masyarakat pengundinya semata-mata. Kepentingan alam sekitar yang akan menjamin penduduk di kawasan tanah tinggi itu, tidak pernah difikirkan.
Kini, terdedah lagi komplot dan skandal penjualan tanah-tanah kerajaan kepada golongan peneroka, sama ada penduduk tempatan, rakyat tempatan mahupun kepada pendatang asing. Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan arahan agar menghentikan dan menutup semua kawasan pencerobohan yang baru dibuka mahupun yang telah diusahakan. Namun berdasarkan kepada rekod semasa, arahan tersebut sekadar bermusim. Samalah seperti penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen sekarang. Ia tidak akan berpanjangan dan akan berakhir sebaik-baik sahaja isu banjir lumpur tidak lagi diperkatakan oleh media.
Apa guna G.Palanivel di Cameron Highland? Adakah dia sekadar menjadi alat untuk melindungi perbuatan meneroka dan merompak tanah kerajaan dengan alasan kepentingan masyarakatnya?
Dan bagaimana pua dengan PATI di Cameron Highland yang cukup ramai?