Saturday, 1 November 2014

Ramai yang tidak tahu mengapa DAP dan PKR bersungguh-sungguh membela 'kebajikan' babi dan penternak-penternaknya. Walaupun ada juga terdengar khabar-khabar angin tentang pembabitan Noh Omar dan beberapa orang pemimpin UMNO dalam penternakan babi yang diimport dari China, khabar-khabar angin tersebut berjaya dilenyapkan dengan persepsi orang Islam tidak boleh dan tidak akan membela selain tidak berurusan dengan babi.

Ketika isu babi tercetus hebat di Selangor pada tahun 2008 dahulu, Noh Omar dan kroninya yang terbabit secara langsung dalam penternakan babi, langsung tidak memberikan sebarang komen. Sebaliknya pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang lain, termasuklah daripada bekas Menteri Besar Selangor, yang juga merupakan musuh utama Noh Omar, Khir Toyo yang banyak membuat pendedahan tentang isu berkenaan.

Tidak menghairankan mengapa Noh Omar dan kroni-kroninya begitu membenci Khir Toyo apabila bekas Menteri Besar Selangor yang pada waktu itu merupakan ADUN Sungai Panjang, begitu lantang menentang hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk membesarkan saiz ladang penternakan babi di negeri itu.

Noh Omar telah mengusahakan pelbagai cara untuk menjatuhkan dan membungkamkan mulut Khir Toyo. Ramai yang melihat isu rumah besar yang dibeli oleh Khir Toyo ketika dia masih menjadi Menteri Besar Selangor, turut membabitkan campurtangan Noh Omar. Dan apabila pertandingan atau pemilihan Bahagian Sungai Besar, Noh Omar yang meletakkan dan memastikan kemenangan Jamal Mohd Yunos, seorang proksi Noh Omar dalam banyak kerja-kerja kotor di Selangor.

Penglibatan beberapa orang pemimpin UMNO Selangor turut didedahkan oleh sebuah blog yang tidak lagi aktif DI SINI.

Seorang kroni tegar Noh Omar terlepas cakap yang Noh Omar sedang memelihara seorang taukeh berbangsa Cina menternak dan mengimport daging babi dari China. Tindakan Noh Omar itu telah menimbulkan kemarahan Persatuan Penternak-Penternak Babi Malaysia. Apabila seorang ahli Jawatankuasa Persatuan berkenaan mengadu yang pengimportan tersebut menjejaskan pendapatan puluhan ribu keluarga penternak babi lain di seluruh Malaysia, perkara berkenaan telah diberitahu kepada Noh Omar.

Ketika diberitahu, Noh Omar berada di satu meja dengan kroni tegarnya itu dalam majlis perkahwinan anak Shabery Chik tidak lama sebelum PRU yang lalu. Noh kemudiannya mengarahkan agar perkara itu diserahkan kepada anak Chua Soi Lek yang merupakan Timbalannya.

Perkara berkenaan tidak dapat diselesaikan. Ahli-ahli persatuan penternak babi kemudiannya mula beralih kepada DAP dan mereka memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada DAP dalam banyak isu yang kemudian diterjemahkan menerusi kehilangan banyak kerusi yang dimiliki oleh UMNO sebelum itu.

Itu hanya contoh kecil apa yang sedang berlaku di Selangor. Sebenarnya terdapat banyak isu lain yang jauh lebih besar, yang membabitkan kepimpinan UMNO Selangor sekarang yang mempunyai terlalu banyak masalah sekaligus menjadikan kata-kata keras Najib yang disampaikan kepada UMNO Selangor, sekadar satu bahan jenaka sahaja.

Selagi kepimpinan UMNO Selangor sedia ada dikekalkan, buatlah apa pun, UMNO tidak akan berjaya dan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas.
Categories:

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!