Wednesday 16 July 2014

Rafizi Ramli mungkin sedang terdesak kerana pelbagai asakan untuk dia dipecat dari PKR sehingga membuatkan dia terpaksa mencipta beberapa isu termasuklah isu Hasan Malek, Bank Rakyat, skandal penyelewengan anak lelaki Hasan Malek di Sabah melibatkan diesel seludup yang dibeli secara tender tetapi dijual semula kepada kepala-kepala penyeludup pada harga yang sangat rendah dan terbaru, isu kenaikan harga belajar memandu dan pembaharuan lesen.

Peningkatan harga ujian lesen memandu bukanlah untuk lesen memandu sebenar atau pembaharuan lesen di mana kadar kedua-duanya tidak berubah sebaliknya untuk meningkatkan pembelajaran serta ujian bagi menapis kelayakan pemegang lesen dalam usaha mewujudkan pemandu-pemandu baru yang lebih berkualiti di negara ini.

Senarai harga tersebut telah beredar di Internet dan turut diedarkan oleh Rafizi Ramli. Bagaimanapun, harga tersebut BUKANLAH ditetapkan oleh JPJ atau Kerajaan tetapi oleh sekolah-sekolah memandu sendiri di mana harga bagi setiap sekolah tidak pernah ditetapkan oleh kerajaan.

Presiden Persatuan Sekolah-Sekolah Memandu Malaysia, Mat Aris Bakar menjelaskan bahawa dia meramalkan harga kursus memandu adalah antara RM1,200 sehingga RM1,600 kerana beberapa faktor.

"Harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014.

Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer.
Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.

* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
* Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050.

Dalam bahasa yang lebih mudah, material pembelajaran telah dipertingkatkan dan kesemua kos tersebut telah dipindahkan kepada pelajar-pelajar.

Menurutnya lagi, kurikulum baru tersebut lebih mendalam pembelajaran dibuat secara individu dan bukannya seperti dalam sistem lama di mana sesetengah seksyen pembelajaran dikendalikan secara berkumpulan.

Kurikulum baru itu juga turut melibatkan bengkel teori yang digantikan dengan pembelajaran di gelanggang sekolah memandu itu sendiri. Penekanan akan diberikan kepada belokan tiga titik, parking sisi, parking bukit, S-course dan crank-course untuk pembelajaran praktikal.

Mat Aris kemudiannya turut menambah, kurikulum untuk lesen motosikal tidak berubah.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!